Wednesday, June 23, 2010

.::SEKALUNG PENGHARGAAN::.

SYUKRAN JAZILAN

Pertama-tamanya, kesyukuran dirafatkan kepada Rabbul Alamin, Allah Ta'ala, ya Rahman ya Rahim kerana mengurniakan kami satu pengakhiran yang baik. Alhamdulillah. Satu kalimah yang betol-betol dapat kami hayati dan zahirkan dengan penuh rasa kesyukuran melalui perasaan lega yang jelas terpancar pada riak-riak wajah ana dan team members yang lain. Mana tidaknya, bebanan dan kerisauan kami untuk mendapatkan sokongan kewangan telah pon selesai. Betul ape yang dijanjikan Allah. Setiap kesusahan itu, bersama-samanya ade kesenangan. Alhamdulillah, dengan sokongan semua, perkara ini dapat diselesaikan dengan jayanya.


Terasa amat singkat sekali pertemuan kita dialam maya, alam teknogi maklumat ini. Blog yang mengzahirkan satu kisah yang ana sendiri lalui di hasilkan pada 12 Jun lalu kini sudah mencapai objektif fundamental kami. Dengan izin dari Allah, bantuan dan sokongan daripada ku dan ummi, kalian semua, ikhwah dan akhowat, dana yang ana perlukan iaitu sebanyak 5 lakhs (RM35000) telah berjaya dikumpul. Alhamulillah.


Rakaman ucapan ribuan terima kasih dan sekalung penghargaan ditujukan kepada setiap individu yang begitu perihatin akan hal yang ana alami, individu yang tidak henti-henti memberikan kata-kata semangat, dorongan, nasihat dan bantuan bagi merigankan beban yang ditanggung. Sungguh, sebak dan penuh rasa terharu. Ukhuwwah yang terbina dalam kalangan kita, sesama muslim, dilihat sebagai satu perkara yang cukup membanggakan. Itu value yang kami peroleh dalam usaha-usaha menguruskan blog ini. Kita dapat lihat bagaimana ikhwah akhowat kita dari seluruh pelosok dunia, Malaysia, tanah air tercinta, ikhwah dari France, Poland, Jepun, Korea, US, UK, Aussie, NZ, around the globe datang, menghulurkan sumbangan, pertolongan, nasihat dan dorongan. Kesatuan kita, keutuhan ukhuwwah kita cukup indah sekali.

Cukup terharu dengan warga university ana sendiri dimana akhowatnya saling berkerjasama membuat hidangan nasi lemak untuk dijual, ikhwahnya pula sepakat dalam delivery process semata-mata bertujuan mengumpul dana untuk ana. Syukran jazilan wa jazakallah khairan kathira kepada antum semua. Moga-moga value bersatu hati, berfikrah yang satu, matlamat serta tujuan yang sama lahir dalam setiap pemimpin negara-negara Islam sekarang dalam usaha untuk membebaskan Palestin dari Zionis, Israel laknatullah wal malaikah. Sama-samalah kita menadah tangan memohon supaya Allah mengabulkan doa dan harapan setiap jasad berjiwa Islam di atas muka bumi ini.

Sekali lagi, ana bersama-sama dengan ketua team members HASBINEEDSHELP, Mohd Rafiuddin Hamidun serta seluruh team members merafatkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah dan seterusnya kepada anda semua. Syukran.


Berikut adalah senarai sumber yang diperoleh sepanjang usaha mengumpul dana ini.


Dari student IMS: RPS191472 + USD100

Nasi lemak combo: RPS111119 + RM540 + USD100 +

Paypal: RM8848.50

Cimbclick.com : RM7046.00


Untuk makluman semua yang menderma melalui paypal, terdapat sedikit kesulitan yang kami hadapi bagi menguruskan segala sumbangan. Disebabkan masalah ini, dana terkumpul yang disumbangkan oleh kalian semua dibekukan oleh pihak paypal. Oleh itu, kepada semua yang menderma melalui paypal rafiahpeng@gmail.com sebelum ini, kami akan menghantar email kepada semua berkenaan dengan masalah yang kami hadapi. InsyaAllah, dengan kerjasama anda semua, masalah ini akan dapat diselesaikan.


Syukran jazilan sekali lagi dari kami, HASBINEEDSHELP, kepada antum semua. Moga-moga, kalian didalam barokah dari-Nya. InsyaAllah..

Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment