Sunday, June 13, 2010

Assalamualaikum

Sabda Rasulullah SAW:
" Tidak sempurna Iman seseorang kamu sehinggalah dia menyayangi saudara seIslamnya seperti mana dia menyayangi dirinya sendiri."

(dari Anas RA diriwayatkan Muslim RH)

ASSALAMUALAIKUM

It has been 2 days and jazakAllah, antum semua begitu perihatin akan hal yg ana alami.. Syukran jazilan ana ucapkan.. Sungguh, tidak terlintas sedikit pun di fikiran ana untuk memilih kaedah blog ini bagi meringankan beban yang sedang ana hadapi sehinggalah akhi Adli mengutarakan cadangan ini.. dan tidak disangka-sangka, begitu ramai ikwah dan akhowat yang sudi meluangkan masa membaca kisah ana serta turut membantu dan memberikan support.. Alhamdulillah, syukur dipanjatkan kepada Allah. Ana sebagai wakil team kami, begitu terharu dengan concern yang antum semua berikan..

Hari ini, meeting team ana berjalan seperti yang ditetapkan. Hal yang diketengahkan ialah berkenaan dengan akaun PayPal. To be frank, this is the first time ana dengar term ni.. Ana kuno siket agaknya.. They said that paypal is one of the easiest ways for overseas students to donate.. Oh, now i know..

To sign up for a new account on PayPal, I need to have a valid debit or credit card, which I don't have. Tambah pula, ramai sahabat-sahabat yang sudah bertanya pasal PayPal ana. Therefore, tadi kami telah sepakat membuat keputusan untuk menggunakan account sahabat ana, akhi Rafi'uddin yang juga merupakan ketua team ini. InsyaAllah, it will be easy for us. (nombor account PayPal di sidebar).

Syukran kepada yang menderma. Dan syukur ya Allah.. Ana tersangat menghargainya.. Ringan sedikit rasanya memiliki sahabat-sahabat yang sudi berkongsi suka dan duka bersama.

Sekali lagi, ana mengucapkan terima kasih kepada antum semua. Blog ini akan diupdate dari semase ke semasa. Moga diizinkan Allah. InsyaAllah.

Wassalam.




3 comments:

  1. Anda bukan keseorangan...kami cuba membantu sedaya kami...tabah ya

    ReplyDelete
  2. Kita sesama sedara :)

    Insyallah saya cuba mendapatkan pertolongan dari sedara sedara Islam yang lain.


    Bersabar ye.

    ReplyDelete
  3. Saudara, kira2 30 thn dulu saya juga belajar di sub-continent ni. Sekarang masih lagi saya banyak berusan dgn mereka. Sebenarnya penipuan, perlakuan kasar dan lain-lain yang dinyatakan oleh saudara berlaku di mana sahaja, bahkan lebih teruk di beberapa negara Arab. Yang paling penting ialah kita mesti memahami mereka dan memahami diri kita.
    dalam kes saudara, saudara berurusan secara langsung dengan mereka tanpa penglibatan Pesuruhjaya Malaysia, pihak MARA atay MSU, ini amat bahaya. Menjadi kekhuatiran di mana perkara ini mungkin digunakan oleh pihak-pihak tertentu untuk menekan saudara setelah pembayaran dilunaskan, ini telah berlaku dulu dan mungkin akan berlaku kepada saudara. Menyelasaikan masalah di luar mahkamah memang dibolehkan oleh mahkamah tetapi ianya juga akan melibatkan perundangan di mana pihak yang bersetuju tidak boleh membuat sebarang tuntutan tambahan selepas segala yang dipersetujui dilunaskan. Kalau pengalaman saya diminta, saya akan menasihatkan saudara menghubungi Kedtaan di sana dan nyatakan cadangan saudara untuk menyelesaikan masalah ini. Minta pandangan mereka klerana mereka lebih arif tentang perundangan di India dan memahami resam kehidupan mereka di sana. Kedua, kalau saudara datang ke India untuk belajar, maka belajarlah dan cuba elakkan sebarang masalah di sana. memiliki kenderaan memang bole memudahkan kita tetapi lihat sahaja sistem trafik mereka, nasib baik saudara langgar orang dan saudara diminta bayar, kalau org sana bersalah sehingga melanggar saudara dan saudara cedera, jangan harap saudara akan dapat sebarang pembayaran kecuali pihak insuran. Ketiga, jumlah yang diminta adalah agak keterlaluan kerana saya rasa ramai yang mengambil kesempatan ke atas saudara. Keempat, belajarlah menjadi pelajar Malaysia di India, tak perlu beli kenderaan hanya untuk memudahkan pergerakan saudara tetapi bahayanya melebihi dari segalanya. Saudara belum mempunyai pendapatan tetap maka be in your sock-muhasabah diri, kerana bila berlaku begini, bukan sahaja saudar menyusahkan diri sendiri,bahkan juga kawan saudara... tak pasti samada ibubapa saudara juga menjadi susah akibat perbuatan saudara. Saudara hanya ada satu tujuan di dana, belajhar hingga berjaya, maka tumpukan. Akhir sekali, hubungi Kedutaan segera dan minta nasihat sebelum sebarang tindakan diambil.

    ReplyDelete