Saturday, June 12, 2010

Sahabatku, Ini Kisahku.. Sudikah Kiranya Jika Kalian Membantu?

Siapa Ana

Bayu dingin tetap lagi terasa di saat pertukaran musim di Bangalore kian berakhir.From winter to summer. 5 Februari 2010, lebih kurang 4 bulan sudah ana di negara yang terkenal dgn filem “Bollywood” ini. Ismi, Tuan Mohd Amirul Hasbi bin Tuan Pail, asal dari Terengganu Malaysia. Kini bermastautin, dan menuntut selama 5 tahun dalam bidang perubatan di GEF-MSU-International Medical School (IMS), India dalam tahun pertama.

And this is the story about myself in India.

India

Challenging.

Banyak perkara di India yang mengajar ana erti hidup sebenar. I think no one will ever decide to come here after knowing about the reality. Penduduknya tidaklah semesra orang-orang di Malaysia. Penipuan, penindasan, rasuah sudah mnjadi perkara biasa di sini and we have to learn how to live in this kind of situation; among this kind of people. Syukur sungguh padaMu, Allah.

Traffic.

Astaghfirullahal’azhim. Teruk. Kadangkala ana sendiri tak faham kenapa pemandu di sini suka membunyikan hon tanpa alasan, sedangkan; if they obey the rule, simple!Jalan dua lane, mereka jadikan sehingga lima ke enam lane. Di sini juga, pejalan kaki yang mengawal dan menguasai jalan, not the traffic. Tetapi inilah budaya mereka. Biarkan saja. Hendak mengubah tabiat dan budaya yang sudah berdarah daging memang sesuatu yang amat mustahil. Jadi, untuk kemudahan dan keselesaan, diri kita yang harus pandai menyesuaikan diri, insya Allah.

For easy transportation, ana beli sebuah motosikal, regardless of the chaotic traffic,beranggapan; yes, I can get used to it. Lagipun, India is one of the commonwealth countries, jadi sudah semestinya lesen Malaysia juga boleh digunapakai di sini. Senior ana kebanyakannya menggunakan lesen dari Malaysia untuk menunggang motosikal di sini. So, dengan pegangan tersebut, ana telah berkongsi duit dengan teman sebilik untuk membeli sebuah motosikal yang lengkap dengan insurans.


Di Sini Permulaannya.

4.30 petang, 5 Februari 2010- Tarikh dan waktu yang tidak mungkin terlupakan dalam hidup ana.

Tutorial class for Anatomy ended. Ana dan tiga lagi sahabat, Syafeez, Shahruznaim dan Syafiq bercadang nak ke pasar Yeshwantphur. Malam nanti, akhi Shah, batchmate kami, telah berjanji untuk memasak makanan yang istimewa; katanya masakan Malaysia. Kami yang sudah empat bulan hanya mengisi perut dengan makanan tempatan, ditambah pula Akhi Shah itu seorang pakar masak yang hebat, semua orang apa lagi- sangatlah gembira dan teruja dan sanggup untuk keluar meredah orang yang selalu ramai ke pasar. Tugas kami hanyalah membeli dua ekor ayam dan sedikit sayuran. Dan selebihnya Akhi Shah yang akan selesaikan.

Kami ke Yeshwantphur dengan menunggang dua buah motosikal. Ana menunggang motosikal Syafiq dan pemboncengnya adalah teman sebilik ana. Manakala Shafeez pula membonceng Shahruznaim. Seperti yang dijangka, lalulintas pada petang itu sibuk seperti petang-petang yang sebelumnya, dengan kerenah pengguna jalan raya yang pelbagai, dan lebih sesak lagi kerana kebetulan pada waktu itu adalah waktu orang baru pulang dari kerja.

Hon kenderaan sahut-menyahut dan menghasilkan nada sumbang yang sungguh membingitkan telinga. Dengan kedudukan jarak antara kolej dan pasar yang hanya empat kilometer, masa yang diperlukan untuk tiba ke pasar hanyalah lima minit sekiranya semua orang mematuhi peraturan dan keadaan trafik yang tidak sesak. Namun disebabkan masalah itu, masa yang diambil untuk ke destinasi menjadi lebih panjang daripada yang sepatutnya.

Akhirnya, ayam sudah dibeli, sayur juga sudah berada di dalam plastik yang dibimbit. Jam menunjukkan tepat 5.15 petang. Sudah 10 minit berlalu selepas azan Asar berkumandang. Kami mengambil keputusan untuk terus pulang ke rumah memandangkan waktu asar di Bangalore sangat singkat iaitu hanya selama 1 jam lebih sahaja. Di dalam fikiran masing-masing juga sudah terbayang keenakan hidangan makan malam kami nanti. Masing-masing meneguk liur.

Dalam perjalanan pulang, kami menunggang dengan santai dan tenang. Empat bulan di sini, telinga kami sudah lali dengan bunyi-bunyian bingit di atas jalan raya. Dan bunyi tersebut memang tidak akan ada noktahnya selagi pengguna jalan raya atau jalan-jalan kecil di India masih kekal dengan sikap mereka sekarang. Masakan tidak, frasa “Please Ok Honk” sudah sedia terpampang pada setiap kenderaan di Bangalore ini. Tanda isyarat seperti penggunaan brek dan signal kereta serta motosikal seolah-olah tidak pernah berfungsi. Mereka lebih senang menggantikan segala tanda isyarat tersebut dengan pekikan hon yang pelbagai rentak dan nada.

Malahan, ketika mahu reverse kereta, isyarat reverse yang keluar dari kereta tersebut adalah alunan lagu hindustan. Wah! Memang sebuah negara yang sangat menghargai seni! Sesuatu yang tidak pernah ada di Malaysia.


Musibah

Ya, ketika inilah kami semua, terutamanya ana; di uji, dan teruji.

Ketika itu, kami sedang menuju ke satu simpang untuk masuk ke jalan utama Mathikere daripada jalan ke Yeshwantphur. Ditakdirkan Allah, trafik pada waktu itu sedikit lapang dan kami boleh menunggang motosikal dalam 40-50 km/j; normally in a heavy traffic, we couldn’t even reach that speed. Motosikal kami ditunggang terus menuju ke rumah. Motosikal ana sedikit ke depan daripada motosikal yang ditunggang Shafeez jadi ana yang lead the way at that particular time.

“5 minit lagi sampai rumah, solat dan terus ke rumah akhi Shah untuk hantar bahan mentah tadi. Settle!” ana mengatur plan.

Benarlah, kita sebagai manusia hanya mampu merancang, sesungguhnya kuasa dan ketentuan semuanya terletak dalam perencanaan Allah. Dialah yang menentukan apa yang terbaik bagi setiap hambaNya. Walaupun serapi manapun perancangan yang telah disusun, semudah itu jugalah Allah boleh menterbalikkannya.

Sejurus selepas rancangan kemas di atur dalam kepala ana ,dengan izin Allah yang Maha Kuasa, musibah menimpa. Di hadapan ana, terdapat satu simpang tiga. Ramai penduduk tempatan yang melintas pada waktu itu kerana kenderaan yang lalu lalang tidak terlalu banyak. And I had perfectly aware of them crossing the road. As we were approaching in a speed; 40-50km/h dan kemudian kami memperlahankan kelajuan, mereka berhenti melintas; giving us way. Melihatkan situasi tersebut, lantas brek tangan ana lepaskan dan sejurus itulah, seorang nenek came from nowhere; melintas.

Dan ditakdirkan Allah, ana tidak dapat mengawal motosikal dan terlanggar nenek tersebut. My bike hit that nenek at her back. Kejadian tersebut berlaku dalam sekelip mata sahaja, giving me no time to at least do something to avoid the accident; sama ada untuk mengelak atau menekan brek kecemasan.

Segalanya terjadi dengan sangat pantas. Guess I was in a wrong time and at a wrong place at that time.

“Ya Allah, aku tak solat asar lagi.” That thought appeared straight away dalam kepala ana. Mungkin disebabkan itu, I met the accident. Melambat-lambatkan solat. Ya Allah.

Rebah. Motosikal bergesel dengan jalan tar. Syukur Alhamdulillah, ana dan Syafiq tidak mengalami kecederaan yang serius, hanyalah luka kecil di buku lali kaki kiri dan Syafiq, tiada kecederaan langsung. Sejurus rebah, mata ana terus liar mencari nenek tadi.

Ana sangkakan, that was only a small accident since langgar tu pun bak kata orang;just a small contact with her. Pada masa itu, I thought everything is okay dan nenek itu hanya mengalami luka-luka kecil since it was just a slight hit. Range of speed: 35-45km/h.

Geram! Sebelum mengetahui keadaan nenek tadi, perasaan geram menjelma. Sedikit marah dengan nenek tersebut; lintas tak pandang kiri kanan. Anggapan ana waktu tu, she was okay without any serious injury. Tetapi, ketentuan Allah menguji ana. Anggapan ana meleset. Anak mata tertumpu kepada satu jasad nenek tua terbaring di tengah jalan.

Geram dan marah bertukar menjadi takut, dan resah.


Keadaan Nenek

Sekelip mata, kami menjadi tumpuan. Sekumpulan locals mengerumuni nenek tadi. 2 orang locals memegang lengan ana sambil meminta ana memberikan kunci motosikal kepadanya. Motosikal ana diangkat dan dibawa ke tepi jalan. Peluh takut mula keluar di dahi. Astaghfirullah. She was so weak. She had a hematoma at the back of her head.

“Epidural hematoma.” Term yang baru dibincangkan dalam tutorial anatomy tadi datang menjelma. Syafiq saw the accident. Katanya, even the hit was slow, since nenek tu agak gempal orangnya, she spinned and lost her balance, dan dia jatuh ke belakang. Takdir Allah. That was how she got the hematoma. Ya Allah, darah pekat mengalir dari kepalanya. Kaku seketika. Tanpa berlengah, ana ditemani Shahruznaim berserta a few locals bergegas membawa nenek tadi ke MS Ramaiah Memorial Hospital.


Di Hospital

Nenek itu dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) selama 4 hari. Keadaannya sangat tenat, banyak fungsi-fungsi badan berada di tahap lemah, respiratory rate and pulse count berada pada tahap dibawah normal reading dan doktor memberi kenyataan bahawa peluang untuk hidup adalah sangat tipis.

“We'll do our best.” Hanya sebaris ayat, sebelum doktor tersebut kembali ke bilik ICU.

Ana Terdiam. Kaku. Bisu. Ya Allah. Ana hanya mampu meneguk air liur ketika mendengar kata-kata tersebut. Sahabat ana, Shafeez, memaklumkan kejadian ini kepada presiden batch kami, akhi Adli yang kemudiannya memberitahu Mr Chuda (bukan nama sebenar), Pegawai di IMS. Beliau dipertanggungjawabkan oleh pihak universiti untuk menjaga hal ehwal pelajar. Beliau tiba di Emergency Unit pada pukul 6.15 petang. Seriously, he is a very calm man. Arrived with a smile. Sangat berbeza dengan riak wajah ana waktu itu.

Dengan sebuah senyuman, beliau menenangkan ana dan memberitahu bahawa keadaan semuanya baik. Tetapi keadaan pada masa itu lebih jujur memberitahu bahawa keadaan yang sebenar adalah sebaliknya. Sikap positif Mr Chuda tidak dapat mengubat resah ana. Lebih-lebih lagi pula, tanggungjawab pada Allah masih belum ditunaikan. Ana masih belum solat asar. Nenek itu juga masih lagi berada di dalam ICU untuk menjalani pemeriksaan lanjut. Dada menjadi sempit seakan-akan salur pernafasan sudah semakin mengecil diameternya. Resah. Gelisah. Takut. Semua menghimpit.


Keluarga dan Polis

Sebaik sahaja menunaikan solat Asar, ana dan sahabat kembali ke ICU. Polis dan keluarga mangsa juga sudah berada di sana. Mereka kelihatan seperti berbincang sesuatu dengan Mr Chuda. Andaian demi andaian yang tidak enak saling menyergah kepala. Semuanya mengarut dan menakutkan. Hanya Allah sahaja yang tahu perasaan ana ketika itu. Suami nenek tersebut duduk bersandar di atas satu kerusi tersebut. Ana beranikan diri dan menegurnya. Mr Parda (bukan nama sebenar).

“I’ve told her not to go out alone. It’s dangerous since she has diabetes and hypertension but she won't listen. Now look at what has happened,” kata Mr Parda. Ada nada sayu dan kesal dalam suaranya. Bergaul dengan perasaan resah ana yang masih belum surut. Nenek tersebut bernama Mrs Patyu (bukan nama sebenar), 63.Mereka beragama Hindu. Mr Chuda memanggil ana. Tersentak.

He told me that victim's family wanted to sue me. Charge: driving without a valid license. Ana bingung. Dan sampai sekarang ana masih lagi bingung whether the Malaysian license is valid at another Commomealth country or not. The summon has been issued. Beliau juga memberitahu ana; sekiranya ana tanggung kos rawatan nenek itu, semuanya akan selesai.

“Just pray for her not to die, and everything will be easy,” he said.

Ajal maut semuanya ketentuan Allah. Kami doakan yang terbaik buat nenek tersebut.And then, he emphasized; kos rawatan di hospital tersebut( MS Ramaiah Memorial Hospital) sangat tinggi. One night stay at ICU will be 10,000 rupees tidak termasuk MRI + CT Scan + External Medicine.

Allah! Ana semakin takut. Maghrib telah masuk, kami terus bersolat diikuti dengan solat hajat, memohon ampun dan memohon petunjuk daripada Illahi moga dipermudahkan segala urusan. Semoga umur nenek tersebut masih ada. Mr Chuda menyuruh kami pulang dahulu dan biar dia saja yang tinggal. He asked me to stay away from the public for the time being.

“This is India, always be careful. If locals ask you anything, just say ‘I know nothing’ or otherwise call me.' Pesannya bersungguh. Memandangkan maklumat diri ana sudah ada dalam rekod polis, Mr Chuda nasihatkan ana supaya keluar dari rumah sewa ana sekarang dan tinggal sementara di rumah kawan-kawan.

Selepas Empat Hari.

Dalam kelas, Astaghfirullah, ana betul-betul hilang konsentrasi. Fikiran dan fokus ana hanyalah kepada nenek tersebut, berfikir tentang keadaan kesihatannya. Setiap hari, setiap masa.

Day 4 after the accident, kelas berjalan seperti biasa dan seperti biasa juga, tiada konsentrasi. Pagi itu akhi Adli datang bertemu ana. Riak wajahnya sudah cukup menunjukkan bahawa apa yang bakal disampaikan bukanlah sesuatu yang menggembirakan. Dengan takdir Allah, nenek tersebut meninggal dunia. Ana mengucap panjang. Timbul perasaan yang kurang senang dalam diri dengan tiba-tiba sahaja. Lutut ana lemah. Terduduk. Akhi Adli, seperti juga Mr Chuda cuba memberi keyakinan, bahawa semuanya akan baik. Tetapi ana tahu, perkara ini sudah semakin teruk dan silap haribulan, I will be behind the bars! Jantung ana kencang berdegup. Na'udzubillah. Allahumma yasir, wala tu'asir. Hati tidak putus-putus berdoa.

Sejurus selepas itu, Prof. Sutara (bukan nama sebenar), the Associated Dean of IMS called me. She said that the hospital bills has just came out. It’s nearly 50 thousand rupees. Ya Allah................

Polis dan Peguam

Since summon has been issued , and nenek tersebut sudah meninggal, masalah yang cukup besar sudah terasa di bahu ana. Keluarga mangsa membuat keputusan untuk membawa kes tersebut ke mahkamah. Dengan pertolongan Mr Chuda, a few actions have been done. Kami perlu berurusan dengan pihak polis as well as hiring a lawyer to help us to settle the case.


Balai Polis

The first thing to do here is to release the bike, bimbang jika terlambat, percaturan polis yang penuh dengan korupsi ini akan menyebabkan motosikal tu tidak boleh dikeluarkan daripada balai. Mr Chuda meminta ana memberikan 2000 rupees in order to release the bike.

Dua hari selepas itu, pegawai polis tersebut menelefon ana supaya datang semula ke balai untuk menuntut motsikal. Sangat cepat. Biasanya kes yang macam ni kalau nak tuntut balik motosikal bukan main lagi lambatnya. Curiga.

Serba salah untuk balik ke rumah. Malam itu barulah Akhi Anas, presiden Imam Bangalore jelaskan, dalam keadaan macam itu tidak menjadi masalah. Fuuh, lega sedikit rasanya. Kalau tidak, berganda-gandalah jadinya masalah ana. Kata Mr Chuda, di India ini semuanya akan berjalan lancar sekiranya 'poket tebal', baik terhadap autorikshaw driver, polis and even peguam. Ana iyakan saja kata-kata beliau.


Peguam dan Mahkamah

As the case has been taken to the court, Prof. Sutara arranged a lawyer for me. Mr Mahon namanya. Dialah yang telah menguruskan semua urusan keluar masuk mahkamah. Up till today, ana dah tiga kali ke mahkamah. Sepanjang hidup ana, di India inilah ana berpengalaman masuk ke dalam kandang pesalah, ditanya oleh peguam di hadapan hakim, dan duduk disebelah pesalah-pesalah lain sewaktu menunggu giliran dibicarakan. Sungguh perit rasanya. Rasa diri sendiri adalah pesalah seperti mereka. Tekanan jiwa dan mental yang sungguh hebat.

“Be brave and be strong my dear!” kata Mr. Chuda. Beliau memberitahu ana bahawa family nenek tersebut mungkin akan charge ana dalam 2.5 lakh. Terkejut besar ana waktu itu.

It will take nearly 3 years for me to settle it based on my allowance. Ya Rabb!


Susulan Kejadian

Ana berbincang tentang perkara ini dengan Associate Dean IMS dan juga seorang pegawai MSU dari Malaysia. Memang hajatnya hendak memaklumkan kepada kedutaan Malaysia yang berpengkalan di Chennai as well as informing my sponsor, tetapi niat ana dihalang oleh pegawai MSU terbabit. Beliau berpendapat bahawa perkara ini akan bertambah buruk jika sampai melibatkan orang di kedutaan dan pihak penaja. Mungkin scholarship ana akan ditarik balik, ujar beliau.

Jadi ana membisu sahaja. Lagipun tragedi seumpama ini baru pertama kali berlaku di IMS dan analah individu pertama yang terlibat. Mencipta sejarah lah katakan. Huhu. Oleh sebab itulah, seniors tidak tahu where to forward and how to deal dalam situasi macam ini kerana inilah yang pertama. Ana pula, hanya mengikut sahaja setiap saranan dan nasihat mereka.

Bilik Dekan, 15 lakh, dan 5 lakhs

Hari itu, lecture seperti biasa. Everything went well. Sampailah apabila ana diminta untuk berjumpa dengan Timbalan Dekan. Belau menyuruh ana supaya duduk di hadapannya. Perlahan ana tarik kerusi dan duduk berhadapan dengan beliau. Beliau terus memulakan bicara. Beliau kemudiannya menyatakan bahawa keluarga mangsa ingin memfailkan ganti rugi sebanyak 15 lakhs (approximately RM100,000) towards me. Allah! Terkejut besar ana dibuatnya. Senyap seketika. Hening. Hebatnya dugaan Allah terhadap ana. Ya Allah. Buntu. Dimanalah ana nak cari duit sebanyak itu?

Selepas itu, Timbalan Dekan menyatakan bahawa beliau telah berjaya memujuk suami kepada nenek tersebut agar menyelesaikan perkara ini di luar mahkamah dan drop out the case, tetapi, ana perlulah membayar pampasan kepada keluarga mangsa dengan jumlah 4 lakhs. Daripada dua angka turun ke satu angka, lega sebentar. Tapi, 4 lakh itu pun tidak termampu untuk ana memikulnya apatah lagi 15 lakhs. Dekan kemudian memberitahu bahawa beliau mahu kes ini diselesaikan di luar mahkamah kerana, sekiranya dipanjangkan ke mahkamah, passport ana akan dicop memandangkan ana ada terlibat dengan kes seupama ini di India. Jika perkara itu berlaku, kerjaya ana sebagai bakal doktor akan tergugat.

“But you will need to attend another 3 hearing in order for the court to close your case.”

Ayah ana mengurut dada apabila ana menceritakan perkara ini kepadanya. Beliau sedang cuba untuk mencari dana di Malaysia untuk menampung bayaran pampasan tersebut.

Jadi, kami bersetuju membayar sebanyak 4 lakhs kepada keluarga mangsa dengan bantuan partnership university of MSU di Bangalore ini mendahulukan pembayaran tersebut. Tetapi mereka cuma bersetuju untuk menangguhkan pembayaran balik kepada 3 months extension sahaja (tarikh akhir adalah dalam tempoh terdekat ini). Ini adalah kerana urusan audit akan dilangsungkan, kata Timbalan Dekan bagi pihak mereka. Kalaulah dipanjangkan sikit tempoh masanya, terbuka jugalah sedikit ruang untuk mencari ikhtiar.


Jumlah Yang Diperlukan

4lakhs duit pampasan dan approximately another 1 lakh for the medical bills. One night stay at ICU will be 10,000 rupees tak termasuk MRI + CT Scan + External Medicine. Jumlahnya menjadi lebih kurang 5 lakhs.


Usaha Mengumpul 5 lakhs ( Rs500,000 @ RM35,000 )

Pelbagai usaha telah ana lakukan dibantu oleh ikhwah dan akhawat di sini. Bermula dengan jualan nasi lemak yang diketuai oleh rakan usrah ana, akhi Fatah. Sambutan menggalakkan diperoleh daripada kalangan warga IMS di Bangalore ini. Jualan dijalan secara mingguan dan insyaAllah akan berterusan. Ana ada utarakan masalah ini kepada presiden batch, akhi Adli dan presiden batch-batch seniors. Jazakallah khairkepada antum semua kerana memberikan sumbngan kepada ana.

Total sumbangan daripada batch ana adalah sebanyak 52,670 rupees + USD100, dan daripada batch 2008 adalah sebanyak 17,760 rupees. Kutipan sumbangan juga diadakan semasa hari pilihanraya IMSA untuk memilih wakil-wakil pelajar baru.

Pillihanraya tersebut dihadiri oleh rata-rata warga IMS. Alhamdulillah, kutipan yang diperoleh semasa hari berkenaan adalah sebanyak 13,000 rupees + RM50. Ana sangat-sangat menghargainya. Kemudian, dengan nasihat daripada akhi Farid; naqib usrah ana, kami menubuhkan satu team bagi sama-sama membantu meringankan beban ana dalam mencari sumbangan. Dalam team ini, kami berdiskusi mengenai metodologi dalam mengumpul dana dan blog ini adalah salah satu daripada hasilnya.

Ana juga mengambil keputusan untuk menjual motosikal ana kepada seorang sahabat dengan pembayaran secara ansuran. Wakil daripada Malaysian Student Association (MSA) juga telah memberi sumbangan sebanyak 10,000 rupees. sumbangan juga akan dipohon daripada ISMA Malaysia melalui Islamic Youth Association dan sekarang ini kami sedang berusaha meminta sumbangan daripada ikhwah kita di India.

Jumlah sumbangan BERSIH setakat ini: Rs190,000

Jumlah yang masih diperlukan: Rs310 000

Bantuan dan sumbangan dalam meringankan beban yang ditanggung ini tidak mungkin mampu untuk ana membalasnya, ana doakan agar segala jasa kalian dibalas dengan kasih sayang-Nya yang tidak terjangkau pun di fikiran kita.

70 comments:

  1. be strong hasbi~insyaAllah Allah bersama-sama hambaNya yang sabar.

    ReplyDelete
  2. salam. hrp anta bersabar byk2. setiap yg berlaku ade hikmahnya. yg pntg Tawakkal kpdNya sntiasa ada. be STRONG ok!
    p/s:boleh nk tau which branch of vijaya bank anta slalu gi utk uruskan psl bank acct? i need 2 know for internet transfer process.

    ReplyDelete
  3. ana one of the team member tlg jwbkn.
    vijaya bank MSRIT branch.
    thnk u.

    ReplyDelete
  4. rudy, ari isnin nnt ak buat meeting, n bncg pasal menda ni, mmg da lama rafi, sebi n ain ckap kat ak pasal ni, tp ak nak tnggu elaun masuk dlu, bru sng skit,

    sebi- mntak kasi num akaun bank yg ko ada =) nanti ak usahakan segera, insyaALLAH

    ReplyDelete
  5. salam, spark,, akaun no dh ade kt tepi 2..
    vijaya bank..~epit

    ReplyDelete
  6. sgt harap dpt bantu..
    be storng hasbi! ALLAH b'sama dgn orang yg sabar
    for the team member,mungkin boleh anjurkn ceramah di kalangan korg kt uni, n buat kutipan time tu.
    kiriman doa dari tanta, egypt

    ReplyDelete
  7. I pray for you but wish I can help you more.

    ReplyDelete
  8. maksudnya kamu ada 3 bulan saja utk membayar balik semua jumlah tu?betul ke ape yg saye faham ni?

    ReplyDelete
  9. ...subhanallah besar ujian allah buat nta. kami ikhwah akhwat aussie bedoa moga urusan nta dipermudahkan. kami doakan yg terbaek.inshaAllah akan diusulkan apa yg termampu. sesungguhnya Allah lah sebaik2 Pemberi pertolongan. wastainu bissabri wassolah.

    ReplyDelete
  10. salam... innalillahi wainna ilaihirajiun..
    hasbi, afwan, saya xpernah tahu awak yg ditimpa musibah ini... semoga hasbi diberi kekuatan dan kesabaran utk menghadapi ujian ini... ameen..
    kami akan cuba yg terbaik untuk membantu.. insyaAllah... Be Strong! -saifullah-

    ReplyDelete
  11. Tasha, sudah hampir kepada tiga bulan tu. This story was in February, remember? So they need the money as soon as possible sebab the foundation nak buat audit dalam masa terdekat nie.

    ReplyDelete
  12. giler r sebi....cool beb.....ganbatte ne....nk tlg pon ak ad mslh kewangan jgk

    ReplyDelete
  13. abg sebi...harap bersabar yer....kami di sini akn cuba berusaha untuk bantu abg sebi...bersbr yer....btw whose ur lawyer??mr.chandu ker??my opinion is..try discuss ngn kedutaan...bler discuss dgn kedutaan insyaAllah...krjaan Malaysia akn dpt tau...by solving dia thing alone...mcm x elok..sbb dis thing mmbbitkn International...

    ReplyDelete
  14. sebi... bersabarlah... mintak no fon or bukak ym kau nk tnye cmne aku bleh tolong... bgkan ym atau msg kat fb, aku cuba apa yg aku bleh tolong...

    ReplyDelete
  15. innalilLah wa inna ilaihi raji'un..dpt tau dari sorg teman(Naem) dan amat harap dpt ssm mmbntu walau sdkt..stuju dgn anis mdzamri,bincang dgn embassy-tp kalau boleh rasenyer better soroklah dari penaja-
    "inna ma'3l 'usri yusra",yakinlah hanya kepada-Nya bahwa sgla sst ada hikmahnya utk ssm difikirkan(jgnlah lmbt solat dikatekan sbg sbb utama)..
    from jakarta

    ReplyDelete
  16. suruh ayah @ mak hasbi buat loan bank kt mesia.. buat rm50000, knp rm50000? sebab yg selebihnye tu adalah tuk support kehidupan hasbi lepas tu.. as moral support also..

    contoh bank:

    bank rakyat: buat pinjaman Rm50,000.00... See More

    interest: 1%

    payment: around rm 500 per month klu buat 10thun payment

    kelayakan: i think both hasbi's parent layak...

    kelulusan: duit pinjaman bley dpat dlm mase 4 hari...

    ReplyDelete
  17. sape2 yg terlibat, call me at 0133085116... or YM muhammad_5151@yahoo.com.my

    ana nk bg details n i.ALLAH bley tolong...

    ReplyDelete
  18. Salam.semoga ALLAH memberi ganjaran atas kesabaran awak.

    any paypal account?

    ReplyDelete
  19. so,kalau betul dlm ms 3 bulan..maknanye da tamat tempoh...kalau lebih dr 3 bulan...ape yg akn jd...

    ReplyDelete
  20. salam.
    takziah utk yg terlibat.hrp awk kuat.insyaAllah,akan cuba sampaikan bantuan dr sahabat2 di sini secepat mungkin.
    mohon siapa2 yg berkenaan utk add ym ladyd_holmes0308@yahoo.com.my. thanks-MSA,Mangalore

    sedikit pandangan peribadi:lebih elok kalau perkara ini dipanjangkan dan dibincangkan dengan kedutaan di Chennai.lebih banyak ikhtiar boleh diusahakan mereka,InsyaAllah.=)

    ReplyDelete
  21. salam spe2 yg nk cntct, nie ym team members yg boleh dihubungi:

    hasbi: asparagus5909@yahoo.com
    'afifah: budarq79@yahoo.com
    azierah: marcian_1907@yahoo.com
    a'in : ainkzaman@yahoo.com (skype je)
    rafi: ahpeng_999@yahoo.com
    adli : h_adli91@yahoo.com
    kay ay: mqa_ka9011@yahoo.com

    ReplyDelete
  22. terima kasih kepada yang prihatin. =)

    ReplyDelete
  23. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  24. Innalillah...

    Dik Hasbi, akak harap anta bersabar lah..
    InsyAllah ada rahmat disebalik semua kejadian,, percaya dan yakin bahawa ALLAH maha mengetahui lagi.

    Bg pihak kami, kami akan cube bantu ape yg patut dan yang termampu.. walaupun sedikit tapi agar dapat meringankan sedikit bebanan yang ditanggung..
    InsyaAllah....

    Allahumma Yasir walatuasir, ya karim.. baca 7kali setiap hari mohon BANTUAN ALLAH.

    Amin3 Ya rabb.

    ReplyDelete
  25. ble tarikh trdekat tu ye?insyallah kalau masih smpat, saya dapat bntu sedikit.
    pape pn harap bersbar, berdoa banyak.=)

    ReplyDelete
  26. SALAM, kila dah buat entry berkaitan masalah ni.kila akan cuba buat blogwalking sambil mintak semua menolong.insyaallah

    ReplyDelete
  27. Hey, I'll do the same thing as Kila did okay? I'll help you as much as I could. Bersabar lah. Sesungguhnya semua dugaan yang diberi oleh-NYA adalah untuk menguji kita. Dan dugaan yang diberi kepada kita adalah dugaan-dugaan yang ALLAH tahu kita pasti boleh hadapinya.


    Bersabar lah.

    ReplyDelete
  28. i really want 2 help,,, huhuhu dkau bwk bsbr.... setiap masalah mesti ada jln pnyelesaian.... tp daku xbape stuju dkau keep secret ngan msia gov..... our gov not so bad actually.... kerajaan akan tlg klu dah jd cm2... india penuh dgn rasuah, be carefull.... we'll be supporting u till the end.... salam

    ReplyDelete
  29. Aku dah link kan entry nih dkt blog aku...
    moga masalah ko akan selesai...

    p/s : komen aku sebelum nih terpaksa padam sebab dah buat ramai orang salah faham...penggunaan kata aku dalam ayat tu tak betul...

    ReplyDelete
  30. ya Allah.,.. harap kamu bersabar ye. insyaAllah lin akan tolong mana yang mampu.

    smoga urusan kamu dipermudahakn. amin..
    banyak2 bersabar ye.

    ReplyDelete
  31. be strong sebi..i'll help as much as i can ok.

    ReplyDelete
  32. salam.. rasanya blog ne dah rmai yg siarkn.. so apa kata join such http://www.advertlets.com/.. sambil org lain bace leh jgk dpt duit.. walaupun x byk usaha jgk 2..

    *hope kalian semua tabah dgn dugaannya..

    ReplyDelete
  33. *Tadi masa comment, tak sempat baca habis. Now baru habis baca*

    Mata terus berair bila habis baca entri ini. Macam mana nak sumbang kan duit untuk menolong? Boleh bagitahu?

    ReplyDelete
  34. Oh sorry, I just noticed ada CIMB ACCOUNT NUMBER kat side bar ni.

    Sure, saya akan tolong Hasbi. Insyallah.

    ReplyDelete
  35. ok. thanx yer leeko. hanya Allah shaja mampu membalas jasa baik anti..jazakallah.

    ReplyDelete
  36. No problem. Sesama Islam :)

    Will let you know as soon as I have deposit the money in your account :]

    ReplyDelete
  37. ya allah, baru tahu kisah sebenar. be strong! insyallah kita sama2 ringankan masalah ini :)

    ReplyDelete
  38. syukran jazilan wa jazakAllah khair kepada yang perihatin..moga Allah membalas jasa baik antum dgn rahmat dan barakahNya..insyaALlah..

    sory for da late update, ana kelam kabut siket lately..

    ReplyDelete
  39. so tuan punyer acc paypal tu mohd rafiuddin hamidon?just nak double check that.

    ReplyDelete
  40. salam dari nenek
    byk2 bersabar.. insyallah ada jalan penyelesaiaan... nenek akan cuba bantu mana yg termampu..

    ReplyDelete
  41. yup, sy Mohd Rafi'uddin Hamidon. terima kasih kerana beri sumbangan. hanya Allah sahaja mampu membalasnya. =)

    ReplyDelete
  42. Geram! Sebelum mengetahui keadaan nenek tadi, perasaan geram menjelma. Sedikit marah dengan nenek tersebut; lintas tak pandang kiri kanan. Anggapan ana waktu tu, she was okay without any serious injury. Tetapi, ketentuan Allah menguji ana. Anggapan ana meleset.

    Hmm..I just wanna say..be careful next time..that slightest ego is a grave sin in the eye of God..i've been in that shoe of yours but smaller size..so i had a little view of your situation..wish you to be strong..and sorry for not helping..be strong..

    ReplyDelete
  43. hasbi...ada number account kt msia x?

    ReplyDelete
  44. saudara shazwan...account no utk malaysia punye ade kat tepi blog...cimb malaysia...trima kasih..

    ReplyDelete
  45. salam wbt

    hasbi, kak kawan amirah saryati. nama akak asma'.

    akan akan menyumbang sebanyak mana yang mampu. dan kawan2 lain juga insya allah sama2 akan berkongsi kesusahan hasbi ni.

    btw, walaupun hasbi dah banyak dengar nasihat, akak nak cakap juga. percayalah semua ni tak sia2.

    sabar sebanyak2nya dik. semoga segalanya dapat diselesaikan dengan secepat dan selancarnya.

    take care.

    ReplyDelete
  46. sebi,ni aku ni faisal,sh malek dulu..aku ade aussie skan,so cmne aku nk transfer duit kt mu?

    ReplyDelete
  47. be strong yea,everything happen for a reason insyaallah everything will be fine..:)
    btw nak masuk kan ke account CIMB or account Vijaya?

    ReplyDelete
  48. sebi, aku baru baca ni, aku doa ke mu sebi, ujian Allah ni, niat mu baik, aku akan cuba tolong, insyaAllah...

    ReplyDelete
  49. nadia- kalau awk ada kat malaysia, boleh transfer kat CIMB, klu ade di india boleh melalui vijaya bank. terima kasih kerana membantu, Allah sahaja dapat membalasnya, =)

    mohd- anta boleh transfer melalui akaun bank yang ada di sidebar tu, jazakallah. Allah shaja dpat membalasnya.

    ReplyDelete
  50. salam saudara hasbi,

    saya kira saudara patut melaporkan hal ini kepada penaja saudara dan konsulat malaysia di sana.mereka lebih arif dalam hal ni dan mungkin bantuan akan dihulurkan.

    saya bersimpati dengan nasib saudara,insyAllah saya akan tolong semampu yang boleh.banyakkan berdoa.just be careful next time.

    salam

    ReplyDelete
  51. one more thing...ade last date x?
    takut terlambat

    ReplyDelete
  52. salam..sebi...
    be strong..ade hikmah disebaliknyer..
    i will pray for u...
    aku akn tolng ape yng termampu..

    ReplyDelete
  53. Subhanallah.. berat sungguh ujian yang Abg Hasbi terima. Moga Abg Hasbi tabah. ye la, bila due date dia? teringin nak tahu. boleh inform dekat kawan-kawan lain. InsyaAllah. ;]

    ReplyDelete
  54. Ohh okay okay. 10th August 2010. thanks! ;]

    ReplyDelete
  55. Assalamualaikum.. sungguh hebat ujian yg menimpa, insyaAllah pembalasan yg diterima nanti setimpal dgn betapa hebatnya ujian.
    sy mohon sentiasa diupdatekan ye tentang kutipan. insyaAllah sy akan panjangkan link blog ni kepada rakan2 yg lain..

    ReplyDelete
  56. salam hasbi, bdk sheh rupernye,
    moga tabah dan sabar hadapi dugaan ni. i'Allah, sy cuba tlg...

    ReplyDelete
  57. Salam...semoga anda tabah dan sabar menghadapi ujian dari Allah...

    ReplyDelete
  58. Askm saudara..masalah saudara sudah saya ajukan kepada Biro Kebajikan Pemuda UMNO.InsyaAllah kita sama2 membantu

    ReplyDelete
  59. Simpati dgn ape yg terjadi. InsyaAllah kami akan cuba bantu -lecturer IMS, MSU-

    ReplyDelete
  60. salam..kuatkan semangat dgn ujian Allah..insyaAllah akan cuba dapatkan bantuan sebanyak yg boleh..ana akan masukkan dlm cimb insyaAllah..sama2 doa moga Allah permudahkan dan ringankan beban hasbi..teruskan update

    ReplyDelete
  61. Salam..smg tabah menghadapi ujian Allah ini..
    Keteguhan, keyakinan pada-Nya. Allah Maha Penyayang tidak mungkin akan memberikan sesuatu di luar batas kemampuan hamba-Nya. Dia tidak akn memberikan sesuatu, kecuali pasti, terkandung berjuta hikmah dan kebaikan di dlmnya..bykkan bersabar akhi..
    Allah Ta'ala berfirman:
    "Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kalian dan kuatkanlah kesabaran kalian dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negeri kalian) dan bertakwalah kepada Allah supaya kalian beruntung." (QS.Ali 'Imraan: 200)
    Dan Allah Ta'ala berfirman:
    "Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepada kalian, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar." (QS.Al-Baqarah: 155)
    Dan Allah Ta'ala berfirman:
    "Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas." (QS.Az-Zumar: 10)
    Dan Allah Ta'ala berfirman:
    "Hai orang-orang yang beriman, mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan (mengerjakan) shalat, sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar." (QS.Al-Baqarah: 153)
    Dan Allah Ta'ala berfirman:
    "Dan sesungguhnya Kami benar-benar akan menguji kalian agar Kami mengetahui orang-orang yang berjihad dan bersabar diantara kalian." (QS.Muhammad: 31)

    ReplyDelete
  62. Salam....semuanya telah ditentukan oleh Allah swt....InsyALLAH masalah akan selesai...

    ReplyDelete
  63. Assalamualaikum.. Mok Jan mintak maaf byk2 sb tak respon apa2 kat blog amir,walauapa pun gitu mok jan tetap igt amir dan sgt sedih, terharu baca cerita amir. Ni baru kali ke dua mok jan buka blog amir sb terlalu sibuk dgn keje dan exam dh dekat sgt.dalam pd tu mok jan kagum dgn kecekalan amir menghadapi dugaan Allah. Ingatlah bhw setiap ketentuan Allah Tiada yang sia2. mok jan doa amir berjaya capai cita2 jadi doktor.

    ReplyDelete
  64. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  65. sedihnya baca :( hopefully jualan nasik lemak ari tu dpt tampung laa! be strong!

    ReplyDelete